Kehidupan awal Wee_Meng_Chee

Dilahirkan dan dibesarkan di Muar, Johor, Namewee mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa (1B) dan Sekolah Menengah Chung Hwa. Wee telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik dinamakan "Kumpulan Muzik Makcik" (Cina Ringkas: 大娘乐队; Cina Tradisional: 大娘樂隊; pinyin: Dàniáng yuèduì) semasa zaman persekolahannya.

Beliau kemudianya melanjutkan pelajaran ke Taiwan kerana mengikut peraturan pelajaran Malaysia, institusi tinggi awam Malaysia hanya menerima pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dari sekolah kerajaan, bagaimanapun institusi tinggi swasta di Malaysia boleh menerima mana-mana pelajar yang berkelayakan. Semasa di Taiwan, Wee juga telah menerbitkan beberapa klip video bersifat sindiran dan mengandungi kata-kata kesat yang dimuat naik ke dalam siaran Youtubenya. Antara lagu-lagu ia adalah termasuk lagu berjudul Kawanku (Cina Ringkas: 我的朋友; Cina Tradisional: 我的朋友; pinyin: Wǒ de péng yǒu)sebuah lagu kotroversi yang mengkritik Cina malaysia, orang Melayu, dan Negarakuku. Walau bagaimanapun ia kemudian dipadam olehnya demi menjaga sensitiviti perkauman di Malaysia.

Walaupun diselubungi kontroversi akibat lagu-lagu sindiran terbabit, Wee telah mengeluarkan album bertajuk 明志 Namewee, di Malaysia pada 3 September, 2007,[9] Album itu siap pada bulan Mei,[10] dengan mengecualikan lagu kontroversi Negarakuku.[11] Beliau juga pernah menerbitkan filem dokumentari bertajuk "I wanna Go home, 我要回家" (Saya mahu pulang).